Friday, June 17, 2011

Entri 2 : Kenapa orang buat blog.

Assalammualaikum dan hello semua? Apa khabar? Kalau sihat alhamdulillah. Kalau tak, selalulah makan ubat ye...Okay! Zaman sekarang ni, dah banyak dah blog-blog yang menarik yang kita boleh baca di internet. Cuma search guna Google and klik. Mudah sangat. Kadang-kadang aku terfikir jugak, kenapa orang buat blog ya? Jadi, daripada pemerhatian yang saya buat..ini adalah jawapan yang dapat saya konklusikan(ada ke perkataan tu?).



1. Mereka buat blog sebagai diari.
  
Kawan-kawan semua tau diari tu apa kan? Orang dulu-dulu pakai buku je untuk buat diari. Sekarang zaman moden, ada yang guna blog. Tak kisahlah sama ada dia private blog dia atau tidak. Mereka guna blog untuk meluahkan apa saja yang terkubu di lubuk hati mereka seperti perasaan tidak puas hati, cinta satu hala (tak berbalas) ataupun apa saja aktiviti yang mereka lakukan pada hari mereka menulis entri blog itu.



2. Menjadi pemberita.

Apa maksud aku tentang menjadi pemberita? Mereka yang buat blog seperti ini selalunya mahu memberitahu orang ramai tentang keadaan semasa yang berlaku di sekeliling mereka. Kiranya macam jadi pemberita lah. Sebab bukan  ramai yang tengok berita di TV, tambah-tambah remaja. Selalu di internet saja. Jadi, mereka guna blog seperti itu supaya kita semua tidak ketinggalan. Tambahan pula dengan adanya Internet, berita cepat disebarkan sampai kadang-kadang TV tak buat liputan lagi dah ada berita baru dekat internet.



3. Untuk buat bisnes.

Jenis yang seperti ni dah semakin banyak dekat laman sesawang ni. Antara bisnes yang selalu mereka buat macam bisnes jual beg, bisnes photography, ataupun menjadi dealer untuk barang-barang yang susah nak dicari kat pasaran sekarang. Aku pernah sekali buat blog untuk lecturer aku. Tujuan dia untuk buat bisnes jual beg. Aku pun mengikut la kerenah dia. Manalah tau boleh dapat markah cemerlang ke untuk subjek tu tapi hampeh. Haha. Tapi semua tu dah lepas. Sekarang kalau aku jumpa dia aku tanya "Puan, bisnes macam mana? Ok?". Dia cuma tersenyum. Bisnes laris la tu agaknya. =)



4. Latih diri.

Mungkin juga orang buat blog untuk mengasah bakat penulisan dia. Ada antara kawan aku yang buat macam tu. Bagi aku blogspot ni memang platform yang baik untuk asah bakat menulis. Yelah, secara tak langsung, kita dapat improve kita punya penulisan. Aku tabik spring dekat mereka ni. *angkat tangan & tabik*


Tapi ini semua pendapat dari pemerhatian aku saja. Kalau korang rasa ada penambahan korang tambah-tambah la sendiri ye? Jadi, korang rasa korang tergolong dekat kumpulan mana?

No comments: