Saturday, July 30, 2011

ye..saya tahu.

FUH! FUH! FUH!
I'm sorry guys & girls or in the middle.
Ye, saya tau dah lama tak update blog. Ada banyak sebab kenapa tak di"update". Sebab study ada, sebab idea ada, n macam-macam lagi la. Mana korang nak tahu dulu? Jom dengar pasal study.

1. Sangat busy dengan study untuk semester ini.

Itulah alasan yang selalu diberikan most of the time oleh blogger yang dah lama tak update blog. Memang betul pon. The life of a person is not always in front of a computer unless you're dork. Kita pun ada life jugak. Belajar sungguh-sungguh, makan, minum, bergosip, dan main guli banyak lagi la. Tambah-tambah kalau belajar. Memang banyak lah assignment, homework, kerja rumah yang nak kena disiapkan sambil biol kepala otak. Kalau anda student Masscomm lagi la teruk..interview sana sini, buat design pakai Adobe InDesign, & macam-macam lagi la.

2. Tak ada idea.

Biasalah kalau orang hilang ingatan ada memory block, para blogger pun ada jugak writer block. Ingat idea tu senang datang ke? Kalau cerita tiap-tiap hari makan minum aku pun boleh je tulis. Idea kena la hebat, kalau tak siapa je yang nak baca blog kita ni. Last-last tuan punya blog je yang baca entri-entri yang dia tulis sebelum ni. Sedih-sedih.

3. Limitasi internet.

Haa...ni satu hal lagi, kalau ada idea setinggi menara KLCC pun kalau tak ada internet, memang tak boleh nak buat apa lah. Cuma duduk termenung sambil menunggu "berukband" kawan atau pun wifi universiti *itupun kadang-kadang je bole masuk* menjelma barulah ada internet.

4. Saya malas, habis cerita.

Perlu lagi ke nak cerita kalau tajuk di atas pun buat anda faham?

Jadi itulah sebabnya...Oh! By the way...saya berjaya akhirnya untuk buat vlog!


Sebenarnya dah lama dah nak cuba cakap-cakap kosong depan camera tapi biasalah, self-esteem tak tinggi so tak dapat nak buat. Lepas jumpa certain someone akhirnya dapat jugak saya berani kan diri. So, silalah tengok ye. Cheerio!

No comments: