Friday, August 26, 2011

Berakhir dengan tragedi (A short story)

Esok ialah hari ulangtahun kita bersama, jadi ku fikir sudah tiba masanya untuk aku memaafkan si dia kerana berkata begitu tentang paras rupa ku dan seterusnya mengakhiri silent treatment ini. Lantas, tepat pada pukul 12 tengah malam, ku mengeluarkan telefon bimbit aku dan cuba menghubungi si dia.

*toot..toot..toot..*
*toot..toot..toot..*
*toot..toot..toot..*

"erm..hello?" si dia menjawab panggilan ku.

Dengan hanya mendengar dua patah perkataan itu, terus hilang rindu aku kepada si dia. Terbanyang wajahnya yang comel buat ku terpikat. Hidungnya yang mancung. Matanya yang bulat serta lesung pipi yang berjaya membuatkan aku jatuh hati kepadanya.

"Kenapa lah aku memulakan silent treatment itu sebelum ni?"aku bermonolog.

"Hai awak...awak buat apa?" kata aku.
"Hm? Saya tengah buat assignment la awak, banyak sangat ni." kata dia.
"Kenapa awak baru sekarang nak contact saya? Sedangkan setiap kali kita jumpa awak tak pandang pun saya?" kata dia lagi.

Terdiam aku seketika. Memang aku selalu buat begitu sejak kami bergaduh.

"Awak..dah lupa ke apa sebab saya buat macam itu kat awak?" kata aku.
"Takkanlah sebab saya cakap saya benci dengan gaya awak, awak buat saya macam ni?" kata dia.
"Sayang, mana-mana makhluk tuhan pun mesti akan terasa kalau orang cakap macam tu. Tambah-tambah orang yang cakap tu awek dia sendiri. Kalau saya cakap macam tu kat awak, awak suka tak?" kata aku sebagai cara mempertahankan diri aku.
"Tak, saya memang tak suka. Tapi awak tak patutla buat saya macam ni. Rasa macam saya ni hanya orang biasa je kat mata awak." kata dia.

Kalaulah dia tahu betapa bermakna dia kepada aku.

"Sudahlah awak, saya tak rasa kita boleh teruskan hubungan kita ni" kata dia.
"Kejap, apa maksud awak?" sambil didalam hatiku berdoa supaya dia tidak mengeluarkan 3 patah perkataan itu.

"Kita break je" kata dia.

Dengan 3 patah perkataan itu saja, remuk hati aku, berderau darah aku. Itulah respond paling tidak ku fikirkan ku dapat daripada panggilan telefon ini. Betapa ku berharap kau tak mengeluarkan perkataan itu. Niat ku yang cuba membaik pulih hubungan kita, berakhir dengan tragedi.


Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanyalah secara kebetulan.

3 comments:

syafiqakarim said...

wa rasa ni entry psl hidup lu lah.
ahaha.xpe,patah tumbuh hilang berganti

Fyna Man said...

wow, really hurt.

akuapekhitam said...

Syafiqakarim : hahaha...xde kena mengena langsung tau.
Fyna : yep, really hurt.