Tuesday, August 9, 2011

Korang puasa tak?

Alhamdulillah. Masuk hari ni dah hari ke 10 dah aku berpuasa. So far so good. Yang aku tengok, makin aku puasa, makin banyak dugaan yang kena tempuh kat sini. Kalau nak cerita pasal pakaian orang, tak perlu cakap lebih la. Even masa sebelum puasa pun dah  biasa dah tengok singkat sana, seksi sini. Itu normal kat sini. Yang paling besar dugaan yang aku kena tempuhi ialah bazaar ramadhan. Sekali pergi je mesti RM10 melayang. Kalau tiap-tiap hari pergi macam mana? Memang aku ni banyak sangat duit nak kena belanja. Nasib lah hostel dekat dengan cafe. Daripada RM10 dapat jugak la aku jimat RM7. Nampak tak perbezaan besar kat situ? Kalau kat cafe setakat beli nasi putih, ayam masak pedas satu ketul dah la. Air? Minum air kosong sudah...Free pulak tu.

Jadi itulah cerita pasal aku time bulan puasa. Oh! By the way..punya penat aku mencari roti john kat bazaar dalam UiTM Lendu ni. Satu kedai pun tak ada? Aiyo....

No comments: