Wednesday, August 17, 2011

Something unexpected.

Pejam celik pejam celik, dah 18 hari kita berpuasa. Tinggal 12 hari je lagi nak puasa. Lepas tu raya! Woohoo! *clap-clap*. Eh, lupa pulak. Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua!

Jadi, dah 18 hari puasa mesti korang ada banyak benda yang tak boleh dilupakan time puasa ni kan? Bagi saya, yang paling saya tak boleh lupa adalah bila nak pergi ke bazaar ramadhan tiap-tiap hari. Ya, saya tau ianya biasa saja tapi daripada yang benda-benda biasa tu la something unexpected boleh jadi. Macam hari semalam, lepas kelas ekonomi je terus ke bazaar. Sedang jalan-jalan cari juadah nak berbuka, tiba-tiba terserempak dengan kawan lama yang dah tak jumpa dekat 2 tahun. Sungguh nostalgic. Kalaulah saya tak pergi ke bazaar masa tu..tak mungkin saya dapat jumpa dengan dia.

Jadi, apa yang terjadi kat korang semua masa bulan puasa ni?

No comments: