Wednesday, September 28, 2011

Lone ranger.


Sedang aku melepak bersama rakan-rakan di kedai mamak , bergelak ketawa macam kedai itu kami yang punya.. tiba-tiba seorang rakan ku bertanya.

Rooney (bukan nama sebenar): Weiyh aizat, aku tengok kau ni sekarang lone ranger je. Kau bila nak ada awek?

Tersedak aku yang tengah minum air kosong ni bila si Rooney tanya aku sebegitu.

“Kenapa kau tanya aku soalan tu? Dah takde soalan lain ke?” kata aku.
“Takde la…cuba kau tengok sekarang…aku dengan yang lain kebanyakan semua dah ada awek. Kau nak single sampai bila?” kata si Rooney.
“ Tengok je la macam mana….” kata aku dengan nada bersahaja.

...............
........
..............................
..... ................. ..................

..............................Baiklah.
Bukannya aku tak mahu ada awek. Cuma masanya bukan sekarang.
Aku suka dengan hidup aku sekarang.
Tak perlu nak runsing-runsing.
Tak perlu nak hempas handphone kalau bertekak dengan awek macam kawan aku sorang tu.
Tak perlu nak serabutkan kepala otak.
Tak perlu kejap-kejap topup.
Tak perlu perabis duit bagai nak rak beli hadiah atau bawak jalan-jalan.
Tak perlu over sangat nak jaga penampilan.
Aku lebih suka hidup lone ranger macam ni sekarang daripada nak serabutkan fikiran aku dengan benda-benda yang tak sepatutnya aku fikirkan.

Lambat laun memang akan ada jugak kat hati ni. Tapi sekarang bukan masanya. Lambat lagi.
p/s : Situasi di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tapi apa yang aku cuba sampaikan adalah yang sebenar.

No comments: