Wednesday, January 4, 2012

Wikipedia Bergerak.

As-salam dan apa khabar semua!
Anda semua sihat? Alhamdulillah =)
Jadi untuk topik kali ni aku nak bercerita tentang "Wikipedia Bergerak"
Pernah tak masa korang tengah berbual-bual dengan member-member...
dan tiba-tiba korang masuk topic yang ada intipati dia sendiri (maksudnya ada ilmu la)..mesti ada salah sorang member tu akan keluarkan fakta-fakta ataupun knowledge yang tak pernah kita dengar ataupun tak pasti sahih fakta tu.
Walaupun kita rasa fakta yang dia bagi tu salah...tapi muka dia yang confident habis membuatkan kita kadang-kadang percaya tau.
Tapi bila check balik kat internet, fakta yang dia bagi tu rupanya salah.



Inilah dia golongan yang aku panggil "Wikipedia Bergerak".
Golongan ni suka bercakap besar macam dia tahu semuanya tapi sebenarnya satu benda pun kita tak boleh percaya. Macam yang ramai orang tau (aku rasa la)...Wikipedia tak boleh dikira sebagai sources yang reliable apabila kita membuat research untuk assignment kita di universiti. Kenapa tak boleh?
Sebabnya..wikipedia boleh di-edit oleh siapa-siapa sahaja. Itulah yang membuatkan wikipedia tidak boleh dikira sebagai sources yang reliable sebab kita tak tahu si dia yang meng-edit maklumat di wikipedia tu ada kelayakan yang diiktiraf ataupun tak.


Cuba bayangkan kalau golongan wikipedia bergerak seramai ni.

Samalah juga kalau aku samakan orang jenis begitu dengan wikipedia. Cakap bukan main, last-last apa yang dia cakap tu memang tak boleh percaya. Jadi kalau ada rakan-rakan anda yang berperangai macam tu....Angguk je, kalau anda betulkan nanti lagi panjang debat anda dengan dia. Haha. =)

p/s : ada tak rakan-rakan korang yang berperangai begini?

1 comment:

Bee Shawal said...

entri yang menarik ..