Thursday, June 14, 2012

MESIN MASA EP 2 – Segalanya Berubah.


Hai semua. Hari ini  aku nak persembahkan kat korang satu short story yang aku buat untuk member aku yang bernama Ali Rafiq. Dia dah buat bahagian pertama utk short story ni yang bertajuk MESIN MASA.

MESIN MASA EP 2 – Segalanya Berubah.

"Hai, Mira. Nama saya Aizat".

Itulah ayat pertama yang aku cakap apabila aku kembali ke tahun 2007. Semuanya kerana dia, Mira. Kerana dialah aku buat kerja gila ni. Kerana dialah aku sanggup naik mesin masa supaya hubungan kami berdua semakin baik pada masa depan. Semuanya kerana dia. Nasib aku sangat baik hari itu sebab dia mahu melayan aku yang tiba-tiba perkenalkan diri di hadapan dia. Aku rasa ianya seperti mimpi. Aku dapat melihat senyuman Mira yang dulu, segala gerak geri dia semuanya seperti masa mula-mula aku kenal dia dahulu. Heh, apa yang aku merepek ni? Ini memang masa dulu.

Setelah berjam-jam aku bersama dia, kini tiba masa untuk aku kembali ke tahun 2012. Aku harap semuanya menjadi lebih baik pabila aku sampai kat sana. Macam biasalah, naik mesin masa ni kau akan rasa pening-pening lepas tu sedar-sedar je dah sampai dah kat tahun 2012. Benda pertama yang aku fikir sekarang dah tak ada benda lain dah, Mira. 

Sampai je kat tahun 2012, aku terus cari Mira. Aku lihat jam aku. Fuhh..nasib baik. Sekarang ni dia selalunya ada dekat library sekolah. Sampainya aku kat library, aku nampak dia. Mira. Tengah buat ulang kaji.  Aku tarik nafas lega.
“Hai awak” aku menegur.
“Hai Aizat. Wait, mana girlfriend awak? Kata nak study sama-sama?” tanya Mira.
“Depan mata sayalah” kata aku sambil tersenyum.
“Haha. Very funny Aizat. Serius la, kalau awak cakap macam tu depan Sarah, mati awak tau.” Mira bercakap kepada aku.

…………………..
………………..
……………..
…….. “Wait, what? Siapa Sarah?” sambil aku tunjukkan muka keliru.
Your girlfriend la Encik Aizat oiii” kata Mira sambil menumbuk bahu aku.
 
Tiba-tiba kepala aku rasa berat. Kenapa? Kenapa jadi lain? Aku dah buat semua dengan cara yang betul. Dari A sampai la Z. Aku tak buat salah pun.  Terus aku pergi dari situ. Panggilan Mira terus aku tak hiraukan. Yang aku pasti, sesuatu mesti jadi pada masa lampau. Hanya sorang je yang boleh tolong aku sekarang. Hafiz. Ya, dia mesti ada solution untuk masalah ni.  

Sampai aku di rumah Hafiz, aku ceritakan semuanya dekat dia. Macam mana aku boleh tau pasal mesin masa dia, apa yang sepatutnya terjadi pada masa lampau, dan kenapa aku guna mesin masa dia. Mulanya dia tercengang, tapi disebabkan dia pernah gunakan mesin masa ni, dia cepat sesuaikan diri.
So..Macam mana Fiz, ada solution tak?” tanya aku pada dia.
“Okay, sekarang ni kita kena siasat dulu apa sebenarnya yang jadi pada masa lampau. Cari penyebab dia. Dengan cara tu baru la kita tau nak pergi ke masa yang mana satu.” Hafiz jelaskan pada aku.
“Dekat mana kita nak mula?” tanya aku.
“Jom tanya si Mira dulu. Tapi jangan beritahu apa-apa pasal Mesin masa ni” kata Hafiz.
“Ok jom!” kata aku dengan bersemangat.

Aku harap aku dapat perbaiki semua keadaan ini.

Footnote: Lepas ni member aku Ali Rafiq yang akan sambung. Bila aku sambung cerita ni lagi? Lepas dia dah habis sambung la cerita ni.

2 comments:

Ann said...

Kenapa korang main pass-pass nih???
Ke Ali dah lama sangat tak menulis?
Hahaha

Shahrir Aizat said...

haha...originally mmg dia punya idea. then, aq pikir nak main pass-pass...nak challenge diri. tgk dia buat cerita mcm mana n then terus aq sambung drpd apa yang dia bagi. haha =D