Wednesday, October 10, 2012

4 Kenangan kat UiTM paling aku ingat.

Assalammualaikum.
Mesti yang ada yang terpikir, asal kenangan lagi? Dah setiap kali aku bukak fesbuk dok memanjang je budak batch aku post pasal "kenangan uitm tak akan lupa", "aku akan ingat korang semua" dan macam-macam lagi la. Jadi aku pun nak cerita kat korang pasal 4 kenangan aku kat uitm yang paling aku tak boleh lupa dan akan ingat sampai bila-bila.


1. Induction kolej.

Haa...induction kolej. Benda yang paling perit + seronok + bengang yang paling pernah aku alami. Induction kolej ni adalah satu aktiviti di mana semua junior baru a.k.a part 1 kena perkenalkan diri dekat semua senior setiap level kolej diaorang. Hampir setiap malam jugak la time awal part 1 ada aktiviti ni. Yang sakitnya bukannya apa, dibuatnya cerita kau boring dan cara kau kenalkan diri agak kureng sikit, mula la senior suruh si junior buat bukan-bukan untuk entertain diaorang. Macam-macam aku pernah kena..menari, menyanyi, berlakon, mengangkat orang sebesar masad (itu penat) dan macam-macam lagi la. Bila dah habis induction, kalau senior tu suka kau, kau dapat la nickname kolej. Aku kat kolej budak-budak panggil Padoh. Bila ingat balik kelakar pon ada, bersyukur pun ada sebabnya dengan cara tu baru la kau kenal semua orang dalam kolej. Haha =D

2. Meluruskan rambut.

Benda ni jadi masa aku part 3. Entah kenapa aku dok rasa nak tukar stail rambut, asyik wavy-wavy je...nak jugak merasa rambut orang straight. So, dengan secara tiba-tiba, aku mintak la Sarap tolong hantarkan aku kat salon nk luruskan rambut. Aku ingat lagi muka Sarap macam mana bila tengok rambut aku dah straight. "Hang mimpi apa tiba-tiba buat camni? Lain gila!", Sarap cakap kat aku. Sampai je kat kolej, budak level aku semua gelakkan aku. "Padoh rambut lurus la shial...kau nak jadi duta shampoo ke apa?", budak level aku cakap. Haha, segan + menyesal pun ada jugak time tu. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. Mau dekat 2 bulan jugak la rambut tu tahan. Lepas tu kembali macam biasa.

Yang ni sebelum lurus.

Yang ni lepas lurus. haha. lain shial.
Yang ni bila rambut lurus dah panjang.
Yang ni pulak time lepas potong. haha

3. Buat short film.

Buat short film ni sebenarnya salah satu aku punya assignment kat UiTM under subject Audio & Video Production. Best jugak, sebab aku memang minat rakam-rakam video ni & aku pun memang berharap sangat dapat buat short film. Tambah-tambah aku pulak jadi cameraman (dibantu oleh Baran n Zack) dan jugak editor untuk production crew aku...memang layan la. Tapi, agak penat jugak la time shooting tu. Tido pon berapa jam je. Time editing tu lagi la....tak tidur 2 hari kot nak siapkan short film tu. Apa-apa pun, memang berbaloi dan seronok dapat buat assignment ni.




4. Handle event

Event ni baru je berlalu....nama event tu Digital Media Carnival yang berlangsung kat MITC Melaka, bulan lepas. Event ni jugak adalah assignment kitaorang untuk last sem ni under subject Professional Project. Serius, buat event ni memang sakit dan memenatkan gila. Kena cari sponsor, arrange khemah, jemput artis, pastikan event berjalan lancar....Aku dilantik menjadi ajk biro logistik, ketua biro aku bagi aku dia lah yang paling banyak berjasa untuk event tu. Senang kata kalau tak ada logistik memang tak jalan la event tu dan dia lah kepala budak-budak logistik, brader Ikram Sulaiman. aku panggil dia bos. haha =D Paling best time event ni aku dapat jumpa brader AmanWan , Youtuber Malaysia yang terkenal sebab aku(dengan pertolongan Aziza) dapat jemput dia datang as a special guest untuk booth aku. haha =D




Bersama brader AmanWan. Thanks sebab datang booth aku!
Papa rock - Mr Ramli Sarip perform.
Gusti lengan di depan booth aku
Tv Boy! Mascot booth aku. Aku buat sendiri kepala mascot tu.
Alih-alih terjumpa brader Kyopropaganda jugak kat sini.
Bersama Papa Rock-Ramli Sarip
Bos aku yang banyak berjasa.
Bersama lecturer dan groupmate aku di depan booth kami.

No comments: