Wednesday, October 10, 2012

Kenangan DMC kelas D Batch Disember 2009

Yup...ini la rupa aku sekarang.



Assalammualaikum. Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah 3 tahun aku menetap di bumi Melaka yang agak melampau jugak panas ni. Bagi yang tak tahu, aku ni study dekat UiTM Alor Gajah Melaka dalam bidang Media & Communication (mana la tau, ada yang tak tahu aku ni blaja kat mana). Sekarang ni baru aku sedar yang aku ni dah sampai penghujung  perjuangan aku untuk mendapatkan segulung kertas bernama Diploma. haha. Dah bunyi macam nak dapatkan awek pulak. Final exam untuk last sem ni pon aku dah habiskan dah. Tinggal cuma presentation untuk final project je belum siap lagi.

Bila dipikirkan balik la kan, terasa sebak pun ada jugak. Ye la, macam-macam benda aku dapat dalam 3 tahun aku belajar kat sini. Pelajaran toksah cakapla memang tiap-tiap hari belajar kat situ. Beza malas dengan rajin je. Kenangan? Pahit ada manis pon ada. Mostly banyak manis la. haha. Aku ingat lagi first time aku masuk kelas aku DMC 1D, time tu kelas BEL a.k.a english. Punya la bisingnya aku time ice breaking session. Almaklumlah, nak rasa diterima oleh budak-budak kelas punya pasal, aku yang tak berapa peramah sebelum ni bukan main lagi friendly ngan budak-budak kelas tu. Sekarang? nak kata aku bising tahap hyper pon aku x bising dah kat kelas. Diam jer. Ada part-part yang aku boleh mencelah time diaorang bising aku mencelah la. Kat kelas tu jugak la aku kenal mamat-mamat ni yang sampai sekarang rapat ngan aku. Zack, Masad, Baran, & Sarap. Dengan diaorang la yang selalu aku sembang sampai sekarang dah jadi housemate dah (walaupun Sarap pindah kelas). Kalau tak ada diaorang ni tak enjoy hidup aku kat Melaka ni.

Dari Kiri : Masad, Aku, Baran, Zack

Dari Kiri : Sarap, Aku, Zack, Masad



Satu lagi, budak kelas aku. Dengan mereka la aku gembira, dengan diaorang jugak la aku berduka. Walaupun ada yang aku tak rapat, tapi aku rasa beruntung sangat dapat diaorang as classmate aku. haha =D











Apa yang pasti, seriously aku tak akan lupa kenangan aku ngan budak-budak kelas ni. Susah kot nak lupa. hahaha =D

No comments: